didie massaro

didie massaro

18 December 2012

Hujan Itu Rahmat Dari ALLAH SWT !

GOLONGAN YANG DIMAKBULKAN DOA MEREKA

 1) Orang yang berada dalam kesusahan:- “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

 2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:- Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad) 

 3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:- Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

 4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:- Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

 5) Orang dizalimi:- Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

 6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:- Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu. 



 WAKTU DIMAKBULKAN DOA 



 MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA 

 MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI 

 MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA 

 MALAM 10 MUHAMRRAM MALAM NISFU SYA'ABAN 

MALAM 'LAILATUL QADAR' 

MALAM SEPERTIGA MALAM YANG AKHIR 

 KETIKA HENDAK BERBUKA 

 ANTARA AZAN DAN IQAMAH 

 PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH 

 SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR 

 SELEPAS KHATAM AL-QURAN 

 KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU 

 SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

 SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

No comments:

Post a Comment