didie massaro

didie massaro

27 December 2012

Assalamualaikum

Hye semua kawan kawan apa khabar hehehe di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru paa semua

Saya berharap agar tuan tuan dan puan puan ada azam masing masing dan tidak lupa juga kita sebagai seorang islam seharusnya mengingati bahawa kita mestilah menjalankan tanggungjawap kita sebagai islam.

Mulakanlah detik baru tahun baru dengan azam azam yg bail dan yg merubah diri kita menjadi lebih baik. Insyallah kita haruslah ingat bahawa "allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri" .

Janganlah kita lalai dan lupa bahawa kita ini hanyalah hamba allah yang lemah dan lalai malah selalu melakukan kesilapan. Oleh itu. Sentiasa lah beristifar dan mendekatkan diri dgn allah dan sentiasa memohon keampunan allah swt. Sesungguhnya allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Amin

Moga allah menjadikan kita hambanya yang soleh dan solehah. Dan kita sepatutnya mendoakan kebaikan diri sendiri dan juga org lain.

Di sini saya memohon agar jangan lah lupa. Jadilah insan yang mengejar dunia dan akhirat. Insyallah allah meredhai kita. Amin

Ya allah ampunkanlah dosa dosa kami yg terahulu kini dan sekarang, ssungguhnya hanya engkau yang lebih mengetahui segalanya dari kami ya allah, ya allah kau ampunkanlah dosa ibubapa kami, keluarga kami. Kau jauhkanlah kami dari azab kubur dan azab neraka ya allah. Dengan mu kami berlindung ya allah dari segala benda.

Sesunggunya kau telah mengutuskan nabi muhammad saw dan kami merindukan kekasihmu itu ya allah. Kau sejahtera an kau berkatilah rasullullah saw...

Ya allah ampunkanlah semua dosa muslimin an muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ya allah. Kau selamatkanlah semua umat islam dari azab kubur dan nerakamu ya allah. Amin.

Semoga pada tahun baru ini. Kita semua dapat memulakan titik hidup yang baru dan berazam menjadi lebih baik insyallah. Jadilah hamba yang taat pada perintah allah, jadilah umat akhir zaman yang beriman, serta jadilah anak yang soleh dan solehan. Insyallah.

Harap2 kawan kawan semua memanfaatkan dengan apa yang telah saya nukilkan paa entry kalini.

Assalamualaikum

:-)

No comments:

Post a Comment